Jumaat, 10 April 2009

OBJEKTIF

“Cadangan mengambil alih surau yang terbiar dan uzur di bawah bangunan
pangasapuri laksamana jaya blok-A untuk mewujudkan satu tempat ibadah dan untuk
keperluan jemaah penduduk islam serta memudahkan sebarang aktiviti keagamaan dapat
dijalankan dengan selesa selaras dengan tuntutan Islam”

RASIONAL
1. Surau di dalam kawasan bangunan Pangsapuri Laksamana jaya blok-A ini terletak di
bahagian bawah bangunan Pangsapuri ini.

2. Kewujudtan surau ini sejak Pangsapuri ini dibina pada tahun 2006, surau di bawah inisangat uzur dan perlu di perbaiki.

3. Keperluan penduduk yang mendesak dan memerlukan tempat beribadat yang sesuai,
baik dan selesa.

4. Program dan aktiviti keagamaan yang dirancang akan dapat dijalankan dengan lebih
teratur.

5. Kedudukan masjid berdekatan iaitu Masjid Kampung Nakhoda ialah 1 kilometer
daripada Pangsapuri Laksamana jaya dan dipisahkan dengan satu (1) kampung di
antara kampung laksaman dan kampung nakhoda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan