Isnin, 4 Mei 2009

MAJLIS PEMBUKAAN SURAU

Majlis Pembukaan Surau Al-Ikhlas dan Solat Hajat.
Di imamkan oleh Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwa
Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS)

Majlis Baca Yasin dan Doa Selamat
Sidikit Jamuan Makan

GOTONG ROYONG BERSIH SURAU





Khamis, 16 April 2009

KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji bagi Allah yang mempermudahkan semua urusan sehingga terbitnya laman web Surau Al-Ikhlas ini.


Sesungguhnya pihak Surau Al-Ikhlas tidak mahu ketinggalan dalam mengharungi arus globalisasi dan dunia siber yang berada di sekeliling manusia hari ini.

Oleh itu, dengan terbitnya laman web Surau Al-Ikhlas ini diharapkan segala maklumat akan tercapai dan dicapai dengan mudah oleh penduduk islam Pangsapuri Laksamana Jaya Blok-A, khasnya dan penduduk Islam keseluruhan amnya.

Selamat berinteraksi dengan laman web Surau Al-Ikhlas.


Pengerusi Surau Al-Iklas

En. Razali Bin Ramle

Sabtu, 11 April 2009

MUKADIMAH

Pangsapuri Laksamana Jaya merupakan sebuah Flat baru yang terletak di
bekas tapak rumah setinggaan Kampung Laksamana Jaya, Batu Caves Selangor. Jumlah
keseluruhan unit premis bangunan ialah sebanyak 170 buah rumah kediaman. Jumlah
penduduk yang telah menetap di bangunan ini dianggarkan seramai 650 orang yang
berbilang bangsa.

Seperti:
Melayu
China
India
Lain-lain

Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah tempat ibadat untuk kegunaan
para penduduk islam. Buat masa sekarang, penduduk menggunakan rumah masing-masing
untuk tujuan solat atau di bangunan blok-B, tujuan solat berjemaah dan aktiviti keagamaanyang lain.

Melihat kepada perlunya sebuah tempat ibadah yang khusus dan selesa kepada
semua penduduk islam, satu jawatankuasa bertindak dilantik khusus bagi maksud
mewujudkan sebuah surau di dalam bangunan blok-A ini.

Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah tempat beribadah
seperti surau yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagamaan bersifat
kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup penghuni Islam di pangsapuri
ini.

Kewujudannya juga akan menarik dan menggalakkan individu Islam ke arah
mendekatkan diri dengan agama di samping memupuk / membina akhlak yang baik.

Maka kertas kerja ini disediakan sebagai memberi gambaran kesungguhan dan
komitmen jawatankuasa yang dibentuk iaitu Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas untuk
merealisasikan hasrat tersebut. Kertas kerja ini akan memberi maklumat lengkap pembinaan
surau yang dimaksudkan.

Sehubungan dengan itu, dengan rasa penuh hormat dan rendah diri pihak
Jawatankuasa Surau Al-Ikhlas berharap kepada sumbangan pihak-pihak yang ingin
memberikan sumbangan berupa kewangan atau barang keperluan dan sebagainya demi
tercapainya cita-cita seluruh penduduk islam di pangsapuri laksamana jaya blok-A ini.

Jumaat, 10 April 2009

GAMBAR AKTIVITI

Gambar Aktiviti-aktivti pembersihan surau








SUMBANGAN

Pihak AJK Surau Al-Ikhlas ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan oleh semua
penduduk islam disini.

Kewujudan surau ini melambangkan pemuafakatan yang terjalin siratulrahim
antara sesama penduduk islam, wakil-wakil rakyat, ahli-ahli majlis, ketua-ketua kampung dan swasta yang terlibat dan juga para penyumbang yang mengharapkan keredhaan Allah SWT semata-mata.

Sumbangan dari pihak penderma amatlah dialu-alukan demi mencapai impian para penduduk.

Pihak jawatankuasa yang dilantik akan sedaya upaya dan sepenuh hati berusaha agar Surau Al-Iklhas ini dapat disegerakan demi kesejahteraan penduduk.

Pihak jawatankuasa pembinaan Surau Al-Ikhlas mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan
dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini.

Sumbangan yang disalurkan semoga mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat.


SUMBANGAN
Anda ingin salurkan sebarang bentuk sumbangan sila hubunggi:

BIL NAMA JAWATAN TELEFON

1 En Razali B Ramle Pengurusi 016-9283365
2 En Mohd Rafiq B Hamidullah Timb.Pengurusi 018-3997940
3 Pn Sarifah Bt Saleman Setiausah
4 Pn Arbayah Bt Bendahari


Sekian.

Disediakan oleh:


JAWATANKUASA SURAU AL-IKHLAS
Pangsapuri Laksamana Jaya Blok-A,
Jalan Laksamana 2,
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan

AHLI JAWATANKUASA

AHLI JAWATANKUASA SURAU AL-IKHLAS

Pengurusi : EN RAZALI BIN RAMLE

Timbalan Pengurusi : EN MOHD RAFIQ BIN HAMIDULLAH

Setiausaha : PN SHARIFAH BINTI SALEMAN

Bendahari : PN ARBAYAH BINTI

Imam : EN WARDI

Bilal : EN MOHD RAFIQ

AHLI JAWATANKUASA

EN
EN
EN
EN
EN
EN
EN